16 Februari 2011

Terima Kasih Daun Keladi....Jika sudi datanglah lagi!


Rabu 16hb Februari telah mencatatkan lembaran sejarah baru kepada program kami kerana buat julung kalinya program kami ini telah dipilih untuk lawatan oleh Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Seri Tunjong, Beseri, Perlis. Rombongan yang terdiri daripada 17 orang guru dan 29 orang pelbagai kategori masalah pembelajaran telah sudi melawat program kami yang serba sederhana ini. Tujuan lawatan ini adalah untuk bertukar fikiran dan seterusnya menjalin kerjasama erat dalam menjalankan aktiviti-aktiviti untuk murid-murid pendidikan khas.




Lawatan ini juga memberi peluang kepada pengurusan PPKI SK Seri Tunjong untuk membuat penanda aras bagi sistem pengurusan dan pentadbiran PPKI SK Simpang Empat terutama mengenai sistem fail, pengurusan panitia, pengurusan PPM dan Aktiviti.



Selain daripada itu juga, pihak PPKI SK Simpang telah menjemput sukarelawan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis Cawangan Simpang Empat untuk mengadakan Program I Play Toy. Dengan adanya aktiviti I Play Toy ini menceriakan lagi lawatan ini, Murid-murid pendidikan khas berpeluang bekerjasama bermain sambil saling mengenal di antara satu sama lain.




 Terima Kasih pada semua pihak terlibat.... jasa baik anda akan kami kenang.....
KAMI BERSAMU.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan