10 Jun 2011

Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas 2011

 Walaupun  tidak juara tapi tetap menang bergaya perbarisan dan maskot terbaik... Tahniah





30 April 2011

Jom Pi Tesco
















Main Layang-Layang





Kembali bersiaran...

Dah sebulan lebih tak menulis...bukan apa niat nak tulis ada, bahan ader cuma masa yang tak izinkan. Mesyuarat ke hulu-hilir, kursus dan bengkel serta pelbagai aktiviti dari peringkat sekolah sampailah ke kebangsaan.. Banyak benda nak update axtiviti yang berlangsung sepajang bulan Mac dan April...Jom kita lihat nanti...

27 Mac 2011

Dah bersawang

Maaf sejak kebelakangan ini saya sanggat sibuk menguruskan beberapa perkara yang berkaitan dengan KSSR Pendidikan Khas Tahun 3. Penat saya ke hulu hilir mendukung buku dan komputer riba demi menyiapkan sebuah kurikulum baru untuk dirintis pada bulan April nanti. Alhamdulilah, hasil penat lelah...berjaya juga dokumen-dokumen yang diperlukan dihasilkan...

26 Februari 2011

Belangsungkawa : Tn Hj Mohamed Bin Madun

Jumaat 25hb Februari 2011, selepas beberapa detik pukul 12 tengah malam, kami telah kehilangan seorang rakan, sahabat, teman sekerja dan bapa kepada salah seorang bekas murid PPKI SKSE yang telah kembali rahmahtullah akibat serangan strok. Beliau dikhabarkan pengsan di sekolah pada hari Isnin 21hb Februari, lebih kurang pukul 1.30 tengah hari dan terus terus tidak sedarkan diri sehingga ke saat kematian beliau. Sepanjang bersama dengan beliau, beliau merupakan orang yang disenangi, mudah memberi pertolongan dan sering menyumbangkan tenaga dalam dunia pendidikan khas terutama anak beliau yang berada di dalam program kami.

Saya masih ingat hajat beliau yang ingin bertukar opsyen dari aliran perdana ke aliran pendidikan khas kerana minat yang begitu mendalam kepada dunia pendidikan khas. Beliau sanggup belajar bahasa isyarat dengan beberapa orang yang mempunyai masalah pendengaran dan sering kali datang berjumpa dengan saya untuk menceritakan pengalaman beliau bersama dengan golongan pekak tersebut. Malangnya hajat beliau tidak kesampaian kerana ketika itu khidmat beliau di aliran perdana masih diperlukan. Tambahan pula pada masa yang sama aliran pendidikan khas masih tidak mempunyai kekosongan.

Kali terakhir saya bercakap dengan beliau adalah pada hari Khamis  17hb Februari 2011 ketika itu beliau bertanyakan kepada saya yang sedang mengangkat bekas bihun goreng, adakah kami akan mengadakan kenduri? Jawab saya ya, kenduri sempena majlis bacaan Yassin untuk sambutan Maulidur Rasul. Kemudian saya berlalu begitu sahaja tanpa mengajak beliau bersama untuk makan. Ini kerana anak beliau tidak lagi bersama kami lagi kerana tuntutan usia ke sekolah menengah. Saya berasa amat kesal kerana tidak mengendahkan beliau sekalipun anaknya tidak bersama kami, tapi beliau masih rakan sekerja. Hmmmm
Selepas itu saya tiada di sekolah selama seminggu kerana terlibat dalam mesyuarat kurikulum sehinggalah saya mendapat berita tentang kematian beliau.

Apapun, kami dari pihak PPKI SKSE mengucapkan salam takziah kepada seluruh anggota keluarga beliau dan mendoakan rohnya ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan pilihan Allah sesuai dengan kebaikan beliau bersama dengan anak-anak khas. Al-Fatihah...

22 Februari 2011

CIRI - CIRI ANAK BEKEPERLUAN KHAS.

1. Tidak dapat mengenalpasti, memahami atau membezakan perkara asas berdasarkan kategorinya. contohnya anjing, kucing, ayam adalah haiwan, seluar, baju, stokin adalah pakaian, merah, biru adalah warna dll.
2. Tidak dapat berkomunikasi dgn baik. Penyebutan patah perkataan tidak jelas, sukar utk mencari perkataan yg mengekspresikan perasaanya/kemahuannya.
3. Sukar memahami / memberi respon kepada dua atau lebih arahan dalam satu masa. Cth, Ikmar ambil pemadam itu dan berikan kepada cikgu... Ambil pemadam 1 arahan, berikan kpd cikgu arahan ke 2.
4. Tiada perasaan. Tidak menunjukkan keterujaan, ingin tahu, keseronokan dalam kebanyakan perkara atau situasi.
5. Sukar untuk memegang benda-benda kecil, membutang baju.
6. Sukar mengawal diri apabila marah atau kecewa.
7. Sukar memegang pensel dan gunting dengan betul.
8. Sukar melakukan aktiviti memanjat, membaling-menyambut bola, menendang-menahan bola, berbasikal, melompat, berjalan lurus atau berlari.
9. Sukar memberi fokus pd satu-satu perkara.
10. Mengelak untuk berinteraksi dgn org lain. tidak mahu berkawan.
11. Bermasalah dalam pengurusan diri seperti mencuci tangan, memakai baju dan membersihkan diri selepas membuang air besar/kecil.
*****Ciri-ciri ini adalah secara general saja. Biasanya berlaku pada usia yang tidak sepatutnya. Contohnya anak sudah berumur 6 tahun namun kemahirannya masih pada tahap umur 3 tahun.
DAN APA YG PERLU DILAKUKAN???
1. Berjumpalah dengan doktor pakar untuk pastikan samada anak itu betul2 bermasalah atau sebaliknya. Ini perlu bagi menentukan anak itu ada masalah pembelajaran atau pendengaran atau kedua-duanya.

(Petikan dari blog ceritarasahati)