26 Februari 2011

Belangsungkawa : Tn Hj Mohamed Bin Madun

Jumaat 25hb Februari 2011, selepas beberapa detik pukul 12 tengah malam, kami telah kehilangan seorang rakan, sahabat, teman sekerja dan bapa kepada salah seorang bekas murid PPKI SKSE yang telah kembali rahmahtullah akibat serangan strok. Beliau dikhabarkan pengsan di sekolah pada hari Isnin 21hb Februari, lebih kurang pukul 1.30 tengah hari dan terus terus tidak sedarkan diri sehingga ke saat kematian beliau. Sepanjang bersama dengan beliau, beliau merupakan orang yang disenangi, mudah memberi pertolongan dan sering menyumbangkan tenaga dalam dunia pendidikan khas terutama anak beliau yang berada di dalam program kami.

Saya masih ingat hajat beliau yang ingin bertukar opsyen dari aliran perdana ke aliran pendidikan khas kerana minat yang begitu mendalam kepada dunia pendidikan khas. Beliau sanggup belajar bahasa isyarat dengan beberapa orang yang mempunyai masalah pendengaran dan sering kali datang berjumpa dengan saya untuk menceritakan pengalaman beliau bersama dengan golongan pekak tersebut. Malangnya hajat beliau tidak kesampaian kerana ketika itu khidmat beliau di aliran perdana masih diperlukan. Tambahan pula pada masa yang sama aliran pendidikan khas masih tidak mempunyai kekosongan.

Kali terakhir saya bercakap dengan beliau adalah pada hari Khamis  17hb Februari 2011 ketika itu beliau bertanyakan kepada saya yang sedang mengangkat bekas bihun goreng, adakah kami akan mengadakan kenduri? Jawab saya ya, kenduri sempena majlis bacaan Yassin untuk sambutan Maulidur Rasul. Kemudian saya berlalu begitu sahaja tanpa mengajak beliau bersama untuk makan. Ini kerana anak beliau tidak lagi bersama kami lagi kerana tuntutan usia ke sekolah menengah. Saya berasa amat kesal kerana tidak mengendahkan beliau sekalipun anaknya tidak bersama kami, tapi beliau masih rakan sekerja. Hmmmm
Selepas itu saya tiada di sekolah selama seminggu kerana terlibat dalam mesyuarat kurikulum sehinggalah saya mendapat berita tentang kematian beliau.

Apapun, kami dari pihak PPKI SKSE mengucapkan salam takziah kepada seluruh anggota keluarga beliau dan mendoakan rohnya ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan pilihan Allah sesuai dengan kebaikan beliau bersama dengan anak-anak khas. Al-Fatihah...

3 ulasan:

  1. salam takziah..x sangka.Allah lebih menyanyangi beliau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

      Padam
  2. salam takziah.Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali..

    BalasPadam