09 Februari 2011

Hari Amukan Sedunia

Minggu ni semuanya jadi serba tak kena. Cikgu terkejar sana sini... Yang itu nak buat, yang ni nak capai, yang hujung nak gapai, yang tengah dok kuis ngan kaki... Murid-murid pula nampak ketersibukan guru mulalah nak naik tocang...lagipun pak tiri mc dua hari... mak tiri pun tak larat nak kawal...jadi mulalah adegan seram...singa-menyinga dan adegan yang tak sanggup dilihat. Alah macam cerita ratapan anak tiri..hihii  Kejam.....
Dunia pendidikan khas ni penuh dengan pelbagai karenah dan dugaan.... Siapa yang tak tahan tu..mai sehari mengajar mesti said gud bye.... tak tahan weh... Hanya yang tabah leh duduk lama-lama dengan budak-budak nie. Bukan senang tuhan nak pilih orang yang sesuai duduk dengan budak-budak tuh dari jam 7.30 pagi sampai 1 petang...Adakah pahala atau dosa yang menanti kami? Kena pikir dan timbang-timbangkan balik la... Sejauh mana keikhlasan kita mengajar budak-budak khas ni. (Dok sabar nie, sambil dok urut dada dan kaki dok tenyeh patung) .
Tak Tahan Lagi...

Hari demi hari berlalu..amuk tak amuk itulah perjalanan hidup guru pendidikan khas...hari-hari kena manis muka, buat baik dan pamerkan sifat kasih sayang..(yeke)..! Hakikatnya siapa yang bergelar GURU PENDIDIKAN KHAS yang akan tahu!!

3 ulasan:

  1. saya juga pernah jadi guru PPKI..hanya ALLAH saja yg tahu....

    BalasPadam
  2. huhuh....tp berkat ajar budak-budak nie.
    Duit tak pernah abis...sejahtera siang dan malam

    BalasPadam