Kanak – kanak Keperluan Khas Bermasalah Pembelajaran
Kategori ini merujuk kepada individu bekeperluan khas yang rencam dengan pelbagai jenis kecacatan seperti terencat akal, sindrom down, austistik, cerebral palsy, masalah komunikasi dan pekembangan bahasa, lembap, bermasalah emoasi dan tingkah laku, kecacatan fizikal, hiperkatif, hipoaktif, kurang tumpuan, pintar cerdas dan sebagainya.
Menurut Nind dan Hewett (1998), kanak – kanak bermasalah pembelajaran memerlukan metadologi pengajaran yang menggalakkan mereka berinteraksi serta bergantung kepada keupayaan guru mengenal pasti tingkah laku. Selalunya golongan kanak – kanak ini mempunyai tingkah laku yang sukar dikawal dan diduga seperti suka membuat bising, mencederakan diri, menggangu rakan dan tidak berminat untuk belajar dengan kaedah yang biasa.
Kanak – kanak bermasalah pembelajaran dapat dikesan pada peringkat awal seperti lambat bercakap ketika peringkat umur 4 hingga 5 tahun. Selain itu mereka juga cepat jemu dengan permainan, sukar mengikuti rutin dan selalu resah gelisah. Pada peringkat umur 6 hingga 7 tahun, mereka selalunya lambat belajar, keliru ketika belajar, sukar meningati fakta dan sebagainya.
Untuk tujuan ini, perbincangan akan menjurus kepada jenis – jenis kategori masalah pembelajaran yang paling biasa terdapat di Malaysia iaitu, terencat akal, sindrom down, ADHD, Austieme, Disleksia,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan