22 Februari 2011

KSSR... Sejauh mana tahap kefahaman anda??

Apabila menyebut tentang KSSR.. ramai cikgu kita dok garu kepala. Hasil dari 150 borang kaji selidik yang diedarkan untuk menguji tahap kefahaman KSSR, 70% borang telah dikembalikan tetapi hasilnya amat mengejutkan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Rata-rata yang mengembalikan borang tersebut telah menunjukkan tahap kefahaman guru tentang KSSR amatlah rendah dan menakutkan. Masing-masing tidak memahami apa yang dikhendaki dalam pelaksanaan KSSR 2011. Hal ini menyebabkan pelbagai implementasi pengajaran yang salah, penulis RPH yang salah dan lebih membimbangkan ada sekolah-sekolah yang tidak melaksanakan terus KSSR ini.

Kenapa dan mengapa masalah ini boleh berlaku?? Bincangkan dengan saya di ruangan ulasan mengenai kefahaman anda terhadap KSSR. Dalam penulisan seterusnya, saya akan membincangkan mengenainya,...

1 ulasan:

  1. Akak rasa KSSR akan kita faham apabila kita laksanakan...kalau tak laksanakan macam mana kita nak faham.....betul tak.....

    BalasPadam