Walaupun tidak juara tapi tetap menang bergaya perbarisan dan maskot terbaik... Tahniah
10 Jun 2011
30 April 2011
Kembali bersiaran...
Dah sebulan lebih tak menulis...bukan apa niat nak tulis ada, bahan ader cuma masa yang tak izinkan. Mesyuarat ke hulu-hilir, kursus dan bengkel serta pelbagai aktiviti dari peringkat sekolah sampailah ke kebangsaan.. Banyak benda nak update axtiviti yang berlangsung sepajang bulan Mac dan April...Jom kita lihat nanti...
27 Mac 2011
Dah bersawang
Maaf sejak kebelakangan ini saya sanggat sibuk menguruskan beberapa perkara yang berkaitan dengan KSSR Pendidikan Khas Tahun 3. Penat saya ke hulu hilir mendukung buku dan komputer riba demi menyiapkan sebuah kurikulum baru untuk dirintis pada bulan April nanti. Alhamdulilah, hasil penat lelah...berjaya juga dokumen-dokumen yang diperlukan dihasilkan...
26 Februari 2011
Belangsungkawa : Tn Hj Mohamed Bin Madun
Jumaat 25hb Februari 2011, selepas beberapa detik pukul 12 tengah malam, kami telah kehilangan seorang rakan, sahabat, teman sekerja dan bapa kepada salah seorang bekas murid PPKI SKSE yang telah kembali rahmahtullah akibat serangan strok. Beliau dikhabarkan pengsan di sekolah pada hari Isnin 21hb Februari, lebih kurang pukul 1.30 tengah hari dan terus terus tidak sedarkan diri sehingga ke saat kematian beliau. Sepanjang bersama dengan beliau, beliau merupakan orang yang disenangi, mudah memberi pertolongan dan sering menyumbangkan tenaga dalam dunia pendidikan khas terutama anak beliau yang berada di dalam program kami.
Saya masih ingat hajat beliau yang ingin bertukar opsyen dari aliran perdana ke aliran pendidikan khas kerana minat yang begitu mendalam kepada dunia pendidikan khas. Beliau sanggup belajar bahasa isyarat dengan beberapa orang yang mempunyai masalah pendengaran dan sering kali datang berjumpa dengan saya untuk menceritakan pengalaman beliau bersama dengan golongan pekak tersebut. Malangnya hajat beliau tidak kesampaian kerana ketika itu khidmat beliau di aliran perdana masih diperlukan. Tambahan pula pada masa yang sama aliran pendidikan khas masih tidak mempunyai kekosongan.
Kali terakhir saya bercakap dengan beliau adalah pada hari Khamis 17hb Februari 2011 ketika itu beliau bertanyakan kepada saya yang sedang mengangkat bekas bihun goreng, adakah kami akan mengadakan kenduri? Jawab saya ya, kenduri sempena majlis bacaan Yassin untuk sambutan Maulidur Rasul. Kemudian saya berlalu begitu sahaja tanpa mengajak beliau bersama untuk makan. Ini kerana anak beliau tidak lagi bersama kami lagi kerana tuntutan usia ke sekolah menengah. Saya berasa amat kesal kerana tidak mengendahkan beliau sekalipun anaknya tidak bersama kami, tapi beliau masih rakan sekerja. Hmmmm
Selepas itu saya tiada di sekolah selama seminggu kerana terlibat dalam mesyuarat kurikulum sehinggalah saya mendapat berita tentang kematian beliau.
Apapun, kami dari pihak PPKI SKSE mengucapkan salam takziah kepada seluruh anggota keluarga beliau dan mendoakan rohnya ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan pilihan Allah sesuai dengan kebaikan beliau bersama dengan anak-anak khas. Al-Fatihah...

22 Februari 2011
CIRI - CIRI ANAK BEKEPERLUAN KHAS.
1. Tidak dapat mengenalpasti, memahami atau membezakan perkara asas berdasarkan kategorinya. contohnya anjing, kucing, ayam adalah haiwan, seluar, baju, stokin adalah pakaian, merah, biru adalah warna dll.
2. Tidak dapat berkomunikasi dgn baik. Penyebutan patah perkataan tidak jelas, sukar utk mencari perkataan yg mengekspresikan perasaanya/kemahuannya.
3. Sukar memahami / memberi respon kepada dua atau lebih arahan dalam satu masa. Cth, Ikmar ambil pemadam itu dan berikan kepada cikgu... Ambil pemadam 1 arahan, berikan kpd cikgu arahan ke 2.
4. Tiada perasaan. Tidak menunjukkan keterujaan, ingin tahu, keseronokan dalam kebanyakan perkara atau situasi.
5. Sukar untuk memegang benda-benda kecil, membutang baju.
6. Sukar mengawal diri apabila marah atau kecewa.
7. Sukar memegang pensel dan gunting dengan betul.
8. Sukar melakukan aktiviti memanjat, membaling-menyambut bola, menendang-menahan bola, berbasikal, melompat, berjalan lurus atau berlari.
9. Sukar memberi fokus pd satu-satu perkara.
10. Mengelak untuk berinteraksi dgn org lain. tidak mahu berkawan.
11. Bermasalah dalam pengurusan diri seperti mencuci tangan, memakai baju dan membersihkan diri selepas membuang air besar/kecil.
*****Ciri-ciri ini adalah secara general saja. Biasanya berlaku pada usia yang tidak sepatutnya. Contohnya anak sudah berumur 6 tahun namun kemahirannya masih pada tahap umur 3 tahun.
DAN APA YG PERLU DILAKUKAN???
1. Berjumpalah dengan doktor pakar untuk pastikan samada anak itu betul2 bermasalah atau sebaliknya. Ini perlu bagi menentukan anak itu ada masalah pembelajaran atau pendengaran atau kedua-duanya.(Petikan dari blog ceritarasahati)
KSSR... Sejauh mana tahap kefahaman anda??
Apabila menyebut tentang KSSR.. ramai cikgu kita dok garu kepala. Hasil dari 150 borang kaji selidik yang diedarkan untuk menguji tahap kefahaman KSSR, 70% borang telah dikembalikan tetapi hasilnya amat mengejutkan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Rata-rata yang mengembalikan borang tersebut telah menunjukkan tahap kefahaman guru tentang KSSR amatlah rendah dan menakutkan. Masing-masing tidak memahami apa yang dikhendaki dalam pelaksanaan KSSR 2011. Hal ini menyebabkan pelbagai implementasi pengajaran yang salah, penulis RPH yang salah dan lebih membimbangkan ada sekolah-sekolah yang tidak melaksanakan terus KSSR ini.
Kenapa dan mengapa masalah ini boleh berlaku?? Bincangkan dengan saya di ruangan ulasan mengenai kefahaman anda terhadap KSSR. Dalam penulisan seterusnya, saya akan membincangkan mengenainya,...
Kenapa dan mengapa masalah ini boleh berlaku?? Bincangkan dengan saya di ruangan ulasan mengenai kefahaman anda terhadap KSSR. Dalam penulisan seterusnya, saya akan membincangkan mengenainya,...
18 Februari 2011
Program Sambutan Maulidur Rasul 2011
1 Malaysia, 1 Ummah ....
Khamis 17hb Februari dan Jumaat 18hb Februari 2011. Dua hari berturut-turut, PPKI SKSE telah berjaya mengadakan program Sambutan Maulidur Rasul. Pelbagai pengisian untuk menyemarakkan lagi kemeriahan aturcara seperti majlis bacaan Yasssin bersama Tuan Guru Besar serta ibubapa, Tayangan Sirah Rasulullah, Pertandingan Kuiz dan Mewarna serta Perarakan Maulidur Rasul.
Kami bagi pihak pengurusan PPKI SKSE mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terutama Panitia Pendidikan Islam SKSE dan ibubapa murid-murid PPKI kerana sudi bekerjasama untuk menjayakan program ini.

16 Februari 2011
Terima Kasih Daun Keladi....Jika sudi datanglah lagi!
Rabu 16hb Februari telah mencatatkan lembaran sejarah baru kepada program kami kerana buat julung kalinya program kami ini telah dipilih untuk lawatan oleh Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Seri Tunjong, Beseri, Perlis. Rombongan yang terdiri daripada 17 orang guru dan 29 orang pelbagai kategori masalah pembelajaran telah sudi melawat program kami yang serba sederhana ini. Tujuan lawatan ini adalah untuk bertukar fikiran dan seterusnya menjalin kerjasama erat dalam menjalankan aktiviti-aktiviti untuk murid-murid pendidikan khas.
Lawatan ini juga memberi peluang kepada pengurusan PPKI SK Seri Tunjong untuk membuat penanda aras bagi sistem pengurusan dan pentadbiran PPKI SK Simpang Empat terutama mengenai sistem fail, pengurusan panitia, pengurusan PPM dan Aktiviti.
Selain daripada itu juga, pihak PPKI SK Simpang telah menjemput sukarelawan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis Cawangan Simpang Empat untuk mengadakan Program I Play Toy. Dengan adanya aktiviti I Play Toy ini menceriakan lagi lawatan ini, Murid-murid pendidikan khas berpeluang bekerjasama bermain sambil saling mengenal di antara satu sama lain.
Terima Kasih pada semua pihak terlibat.... jasa baik anda akan kami kenang.....
KAMI BERSAMU.....
15 Februari 2011
Akukah yang bersalah...
2 + 3 = ?
Cikgu : "Ok..cuba kamu baca ayat matematik ini?"
Murid : "2 tie 3 cikgu...."
Cikgu :"Itu bukan huruf 't' la.... itu simbol tambah!". Huhuhu......
Macam mana nak ajar nie? Budak pun pening antara mata pelajaran.

11 Februari 2011
PERMAINAN PASIR BANTU KANAK-KANAK LUAHKAN PERASAAN MARAH ...(petikan Harian Metro)
“ENTAHLAH doktor. Saya pun tak tahu apa yang tak kena dengan Fariz tu. Asyik nak meradang sejak saya kahwin lagi. Bila tanya, senyap pula. Tak tahu dengan siapa yang dia marah. Saya ataupun ibu barunya tu,” adu Amir mengenai anaknya yang berumur tujuh tahun itu.
Mungkin ramai ibu bapa yang mengalami situasi sebegini. Kebanyakan penyelesaian yang diambil ialah memarahi, menghukum atau lebih teruk, memukul tanpa mengetahui punca kemarahan si anak.
Tidak dinafikan, kanak-kanak, tanpa mengira usia dan jantina, turut dihimpit dengan perasaan marah dan mengalami ketegangan jiwa seperti yang dihadapi oleh golongan dewasa.
Kesukaran untuk meluahkan kemarahan mereka dengan cara yang betul dan memilih ‘membuat perangai’ atau marah kepada ibu bapa mereka akhirnya mewujudkan ruang dendam dalam diri mereka yang seterusnya dibawa ke alam dewasa.
Bagi Pakar Psikologi Kanak-kanak di Pusat Psikologi Malaysia, Dr. Mark Pearson, kaedah permainan mampu membantu kanak-kanak pemarah ini meluahkan perasaan mereka.
PASIR merupakan elemen semula jadi yang menenangkan.
“Adaptasi kegemaran kanak-kanak seperti bermain pasir dan barang permainan secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya tanpa paksaan,” ujar beliau.Ujar Pearson, penggunaan terapi permainan pasir membuatkan kanak-kanak lebih rileks. Pemilihan objek juga dapat memberi gambaran apa yang dirasakan oleh mereka.
“Semasa terapi dijalankan, kanak-kanak tersebut tidak sedar mereka sedang meluahkan perasaan. Di akhir setiap sesi, jiwa mereka menjadi lebih rileks,” katanya. Justeru pemilihan alat permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir menjadi simbol terhadap perasaan mereka, sama ada marah, benci, sayang dan sebagainya.Secara teori, pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan permainan pasir menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya punca sebenar kemarahan atau ketegangan dapat dikeluarkan.
“Melalui cara tersebut, kaunselor dapat mengenal pasti masalah dan seterusnya membantu ibu bapa mengenai cara mengatasi kemarahan kanak-kanak tersebut,” katanya.
PEMILIHAN barang permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir dapat menggambarkan perasaan mereka.Lebih menakjubkan, selepas menjalani terapi ini, kanak-kanak ini berjaya meningkatkan ‘kuasa’ menangani perasaan marah dalam diri mereka. Tambah Pearson, teori yang dicipta oleh Dora Kalff ini memberi ruang tersendiri kepada kanak-kanak untuk berekspresi dengan kotak pasir tersebut dalam suasana tenang.
“Bukan saja ciptaan yang mereka bina di dalam kotak pasir itu meredakan kemarahan, kepuasan tersebut membuatkan wujudnya rasa percaya terhadap kebolehan mencipta dalam diri mereka,” katanya. Tidak sekadar itu, pakar juga mendapati daya imaginasi dan penggunaan visual kanak-kanak ini turut berkembang dan adakalanya melepasi jangkaan.
Di samping itu, kaedah ini mampu mencapai objektif kerana teknik melukis yang selalu digunakan sering gagal disebabkan kanak-kanak merasakan mereka tidak pandai melukis. “Lukisan saya buruk menjadi antara faktor terapi melukis kerapkali gagal namun dengan permainan pasir ini, kanak-kanak tidak terikat dengan buruk atau cantik sesuatu ciptaan,” ujarnya.
Dalam pada itu, terapi ini bukan saja membantu kanak-kanak pemarah malah dalam satu aspek lain, ia turut menolong orang dewasa membuat keputusan.“Apabila kita rileks, kadar penumpuan kita akan menjadi lebih tinggi dan ini akan membawa kepada pusat permasalahan yang utama,” jelasnya. – SHANIKA ABDULLATIB.
Kami pun sibuk nak lari...
Kejohanan Merentas Desa 2011
11 Februari 2011....Aktiviti PPKI SKSE diwarnakan lagi dengan Kejohanan Merentas Desa 2011. Walaupun tidak diundang..wah ayat very gramatis sangat...kami tetap tabah menebalkan muka nak turut serta..hehehhe. Bukan apa nak bagi peluang budak-budak nie rasa juga pengalaman merentas desa macam budak-budak aliran perdana juga...

Mampu pose mcm nie....
Tidak tahu atau sengaja buat tidak tahu dengan mengetepikan hak budak-budak khas ni memang hangpa nak cium neraka...
Oklah..... tengok je la pic merentas desa kami nie....komenler!
09 Februari 2011
Hari Amukan Sedunia
Minggu ni semuanya jadi serba tak kena. Cikgu terkejar sana sini... Yang itu nak buat, yang ni nak capai, yang hujung nak gapai, yang tengah dok kuis ngan kaki... Murid-murid pula nampak ketersibukan guru mulalah nak naik tocang...lagipun pak tiri mc dua hari... mak tiri pun tak larat nak kawal...jadi mulalah adegan seram...singa-menyinga dan adegan yang tak sanggup dilihat. Alah macam cerita ratapan anak tiri..hihii Kejam.....
Dunia pendidikan khas ni penuh dengan pelbagai karenah dan dugaan.... Siapa yang tak tahan tu..mai sehari mengajar mesti said gud bye.... tak tahan weh... Hanya yang tabah leh duduk lama-lama dengan budak-budak nie. Bukan senang tuhan nak pilih orang yang sesuai duduk dengan budak-budak tuh dari jam 7.30 pagi sampai 1 petang...Adakah pahala atau dosa yang menanti kami? Kena pikir dan timbang-timbangkan balik la... Sejauh mana keikhlasan kita mengajar budak-budak khas ni. (Dok sabar nie, sambil dok urut dada dan kaki dok tenyeh patung) .
Hari demi hari berlalu..amuk tak amuk itulah perjalanan hidup guru pendidikan khas...hari-hari kena manis muka, buat baik dan pamerkan sifat kasih sayang..(yeke)..! Hakikatnya siapa yang bergelar GURU PENDIDIKAN KHAS yang akan tahu!!

Tak Tahan Lagi...

08 Februari 2011
Aktiviti di sana-sini
Penatnya kepala hotak dok fikiar apakah aktiviti yang perlu dirancang sepanjang tahun. Rasa mcm nak pitam, muntah hijau pun ada.... Perah hotak hingga keringla nak membuahkan idea nie....huhuhuhuh.... Namapun Guru PPKI kan....kenalah bertanggungjawab..walaupun!!
Puan Bazliwati...sabar ye...Tabah dok ngajar sambil tagging fail...fuyohh ..layak dapat anugerah KETABAHAN SEUMUR HIDUP... hehehhe
Puan Bazliwati...sabar ye...Tabah dok ngajar sambil tagging fail...fuyohh ..layak dapat anugerah KETABAHAN SEUMUR HIDUP... hehehhe
Langgan:
Catatan (Atom)